Error loading page.
Try refreshing the page. If that doesn't work, there may be a network issue, and you can use our self test page to see what's preventing the page from loading.
Learn more about possible network issues or contact support for more help.

Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Organisasi

ebook

Mengurus organisasi memerlukan anda untuk berbincang, berhujah, mengemukakan pandagan, meyediakan dan membentangkan laporan kepada pelbagai pihak dari dalam dan luar organisasi. Kejayaan anda melaksanakan semua ini bergantung kepada kemahiran dan kemampuan berkomunikasi kerana ia merupakan nadi kepada kehidupan dan kejayaan sesebuah organisasi. Melaluinya akan memungkinkan anda menyampai dan memperoleh mesej dengan baik, memilih saluran yang paling berkesan, tepat pada masa dan sasarannya. Perlu disedari, kegagalan anda bertindak sedemikian akan menyebabkan berlakunya percanggahan pandangan yang akan membenihkan kekeliruan, konflik, kekecewaan, ketidakpuasan dan salah faham. Sebaliknya kemahiran berkomunikasi yang anda miliki bakal meningkatkan produktiviti organisasi sama ada dalam bentuk kuantiti dan kualiti. Seterusnya, kecekapan dan kelicinan anda berkomunikasi bakal menyuntikan dorongan kerja, memperatkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan komitmen dan mewujudkan persekitan yang saling mempercayai dan menghormati. Justeru, buku ini disediakan khusus kepada anda sebagai satu persediaan untuk membolehkan anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak bagi memastikan kelangsungan dan dan keberkesanan organisasi.

Formats

  • OverDrive Read
  • EPUB ebook

Languages

  • Malay