Kepelbagaian genetik tanaman ialah kelainan sifat-sifat fenotipik dan genotipik dalam sesuatu spesies tanaman. Melalui domestikasi spesies tumbuhan liar, kini wujud julat kepelbagaian genotip dan fenotip, dipanggil sumber genetik tumbuhan (SGT), yang luas dalam spesies tanaman. SGT merupakan bahan genetik asas untuk kelestarian dan membaiki varieti tanaman. Pengetahuan tentang kepelbagaian termasuk kebolehubahan agro-morfologi dan profil gen, kebolehan berkacuk, pembiakan dan penyimpanan SGT adalah diperlukan bagi memudahkan pengendalian dan penggunaan SGT khususnya untuk perancangan membiak baik varieti baru tanaman. Maklumat kepelbagaian genetik termasuk pengurusan dalam SGT yang dibentangkan dalam monograf ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan ke atas spesies terung, ubi besar, nanas, cucur atap dan rosel.
- Newly Added eBooks
- Most Popular eBooks
- Try Something Different
- Donated by Maybank
- See all ebooks collections
- Newly Added Audiobooks
- Most Popular Audiobooks
- Try Something Different
- See all audiobooks collections